2009-10-31

    October 2009- Round-up jelah... hehe!




    Ntahle.. semenjak posting saya dah xleh masukkan emo ni, saya jadik maleh melampau nak update. Hehe... (nak salahkan emo) Kena2 pulak bulan ni saya memang WAJIB men'had'kan sket pengambilan order disebabkan saya dah kehabisan dadah (yok-ooo...!) Bukanlah dadah terlarang cesss... tapi ubat pencegah asma saya dah habes & sume klinik dah xde stok. Sementara stok nak sampai tu, hari2 la saya kene attack so x dapek la nak wat banyak2 sangat order. Oleh sebab itu,  untuk aktiviti bulan Oktober lepas, saya cume round-up jelah ye cam biasa (dasar pemalas, heh!)




    02hb Oktober 2009- Jumaat
    Harini job saya ade 2 tapi ekcelli very the simple. Cume yang wat saya penat giler babas sebab kat opis pun wat Jamuan Hari Raya so kepenatan la nak settle banyak benda dalam beberape jam. Pepagi lagi sebelum masuk opis saya dah g anta muffin yang diorder untuk Cikgu Sarazila yang memang dah jatuh tahap peng'order' popularlah. Kali ni dia order untuk besday anak sedarenya yang memang hantu 'doraemon'.


    Tengahari tu plak saya punye mission mengantar muffin untuk Puan Shafini (pun dah kire peng'order' tegar gak ni!). Kali ni dia order untuk majlis harijadi anaknya dan open house raya sket. Mekaseh sudi jemput saya kerumah walaupun saya x dapat menghadirkan diri (maklumlah bini perdana menteri, schedule penuh sesaje! Ahaks!)





    08hb Oktober 2009- Rabu
    Order harini yelah dari Puan Aishah Omar untuk besday anaknya. Dia request tema pink dan princess barbie untuk muffinnya so xlah susah sangat nak memikirkan deconya. Heheee... saya pun penah gak 'gile' ngan Barbie ni suatu mase dulu (skang Maria plak mengikut!) dan paling xde masalah sebab kalernye pink, warna kesukaanku, heheee.. Anyway, pada Puan Aishah yang nampaknya sungguh la bertungkus-lumus nak memeriahkan besday party anaknya tu, mekaseh!



    10hb Oktober 2009- Sabtu
    Haaa... pasangan romantis ni memang dah jadik regular customer la gak walaupun tukang ordernye, jejaka dari Johor ni order dari jarak jauh dan x dapat tengok 'live' muffin yang dia order tu (naseb la sape soh keje jauh2! Hahaaa.. jangan mara haa..) Si Zaliey ni kali ni order muffin untuk buah hatinya, Nurul Elyani sempena hari 'convocation'nya kat UIA. Sian Nurul pepagi saya dah tercongok nak anto muffin dia, hahaaa... Kpd Zaliey, mekaseh bebanyak! Akak doakan korang 2 ni cepat2 la sampai jodoh ye... aminnnn....




    13hb Oktober 2009- Selasa
    Order dari ibu 'blueberry die hard fan' saya ni saya terima agak mengejutkan la gak sebab saya baru je anta muffin dengan Puan Rosnah (ibu kepada Puan Awin yang comel itu) kira2 2 minggu lepas. So bile tengok tetiba ade online order masuk dari Awin lagi, saya agak terharu gak la. Mekaseh bebanyak sebab banyak menambah rezeki saya, moga2 Allah limpahkan lebih banyak lagi rezeki wat Awin sekeluarga, amin. Kali ni ibunya minta saya watkan muffin untuk jamuan hari raya dipejabatnya di Lembaga Hasil Dlama Negeri di Jalan Duta. Many2 thx!



    16hb Oktober 2009- Jumaat
    Lama dah saya x berjumpa ngan Kak Syarifah dari CELCOM ni. Last saya jumpe maybe last year gamaknya mase dia blom pindah umah dan still dok kat Taman Danau Kota. Ekcelli order dia ni saya terima last week tapi since sayanya kalendar dah penuh so dia rela je postponed ke harini. Kali ni dia order kek chocolate special untuk besday anaknya yang ke-3 tahun dan sangat meminati Ben 10. Kepada Kak Syarifah, mekaseh banyak & moga selamat menimang cahayamata baru nanti!





    17hb Oktober 2009- Sabtu
    Ini hari Sabtu saya ade 2 order yang perlu dilaksanakan yeitu yang pertama dari Cik Puteri Nurhidayah dari Taman Setapak Indah (yang sungguh la dekat ngan umahku, hehe...) dan Allinie, returned customer dari Keramat. Puteri menempah muffin ni untuk jamuan hari raya kawannya di Putrajaya sementara Allinie pulak menempah untuk besday adiknya. Kepada ke2-2nya, saya ucapkan bebanyak mekaseh ye!






     
    24hb Oktober 2009- Sabtu
    Harini punye job agak interesting sebab selama ni x pernah lagi customer saya request untuk letakkan muffin saya dalam kotak deco single. Dan saya agak teruja la gak dalam nak memastikan yang order buat pengantin baru, Lily dan Rani ni menjadi kenyataan. Tema yang diberikan kepada saya ialah biru turqoise manakala deconya pun dah diberi sample oleh Lily so xla susah sangat. Cuma kene mintak maaf sebab deconya saya x ikut 100% memandangkan space muffin yang agak terhad tu. Muffin2 ni ditempah sebagai 'doorgift' untuk tetamu VIP di majlis perkahwinannya. Kepada Lily yang bersungguh2 menjayakan majlisnya tu, hopefully sumenye berjalan ngan lancar, k dan mekaseh 4 d order!





    25hb Oktober 2009- Ahad


    Selepas berhempas-pulas bersengkang-mata (kalah KaramSigh Walia, ahaks!) untuk bikin projek Lily semalam, harini saya bengong plak menyiapkan muffin permintaan Ms Wyneth dari Kepong untuk besday anak lelakinya, Jonas yang ke-3 tahun ni. Besday boy tu ske sangat ngan watak kartun Mickey Mouse so itulah task saya (huhuuu..) Hopefully ok la sebab saya memang very the hampez bab lukis kartun (bagi yg blom tau lagi... hehee...). Kepada Ms Wyneth yang sudi datang jauh2 untuk collect pepagi Ahad yang tenang itu, thank you very much!





    25hb Oktober 2009- Ahad
    Akhirnya job saya yang terakhir bagi bulan ini jatuh kepada Puan Hurin Adawiyah dari Ampang. Dia menempah muffin untuk dibuat hantaran perkahwinan yang bertemakan kaler merah. Hopefully ske ngan deco tu sebab idea deco asal saya rasakan agak kurang sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran (ske2 ati saye je kan... hee.. tp just my opinion). Anyway, mekaseh sudi order dan 'collect' dirumah!


    AKHIRNYA..... legaaaa dah abes! Penat tau nak menaip ni haa...! Hehe...






    0 comments:

    Post a Comment

    Terima kasih di atas komen anda!

    Related Posts with Thumbnails
     

    Recommended Product

    • ads
    • ads
    • ads
    • ads
    • ads
    • ads
    • ads
    • ads

    RECENT COMMENTS

    When Muffin's Talkin' Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal